BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 19, 2010

LAPORAN TRANSAKSI FOREX


Kami telah menjalankan transaksi forex ini selama 5 hari bermula pada 27 September 2010 sehingga 1 Oktober 2010. Kami memilih menggunakan mata wang euro-usd untuk transaksi ini kerana lebih mudah. Sepanjang transaksi yang kami lakukan kami memperoleh untung pada setiap transaksi yang dibuat. Namun berlaku sedikit kecuaian pada hari terakhir kami telah mengalami sedikit kerugian. Laporan lanjut adalah seperti di bawah.

27 September 2010

Pada 27 September 2010, kami telah melakukan dua transaksi iaitu Buy dan Sell.

Kami melakukan transaksi 'BUY' pada jam 1604 (4.30pm).Price pada ketika itu ialah 1.3505. untuk percubaan pertama kami hanya menggunakan 1 pip untuk 'BUY' dan 'Closed trade' pada jam 1724 (28 Sept.2010) kami memperolehi untung sebanyak 0.11 EurUsd dan Price meningkat naik kepada 1.3516.

Transaksi seterusnya ialah sell dimana open trade pada jam 1718 dan pada ketika itu price ialah 1.3447. Kami menjual sebanyak 1 pip. Kemudian kami close trade pada jam 0925 (28 Sept.2010) dan untung sebanyak 0.04 eurusd.

28 September 2010

Pada 28 September 2010, sebanyak 11 transaksi dilakukan. Dan masing-masing mencatatkan untung sepanjang transaksi dilakukan.

Open trend bermula pada jam 0930 dengan sell sebanyak 2 pip pada price 1.3438 dan kemudian close trend pada jam 0947 pada hari yang sama dan price meningkat naik iaitu 1.341. Selama 17 minit kami telah untung sebanyak 0.34 eurusd. Transaksi sell seterusnya berlaku pada jam 0959 di mana open trend pada ketika itu price ialah 1.3407 dan menjual pip sebanyak 4 pip dan closed trend pada jam 1005.Pada transaksi ini untung lebih sedikit berbanding dengan transaksi sell pada sebelumnya. Pada jam 1008,open trend pada price 1.3384 dan sell 4 pip sekali lagi dan closed tre pada 1014 dan price berkurang sebanyak 0.0001 iaitu 1.3383, dan hanya untung sebanyak 0.04. Purata mandsa 9 minit diambil bagi 3 transaksi sell diatas dilakukan dan mencatatkan keuntungan sebanyak 0.50 bagi sell sahaja.

Open trend berikutnya dilakukan pada waktu petang. Pada jam 1725 kami memulakan semula transaksi dengan membeli 2 pip.Pada waktu itu price 1.3534 dan closed trend pada price 1.3539. Dan untung sebanyak 0.10. Sela 8 minit kemudian skali lagi kami open trend buy kali ini kami menambah 3 pip lagi iaitu sebanyak 5 pip dan close trend pada price 1.3549 pada jam 1745 dan untung sebanyak 0.15 eurusd. Pada jam 1748 open trend buy sebanyak 5 pip pada price 1.3546 dan close trend pada jam 1801 dan untung sebanyak 0.20 eurusd. Jam 1802 kami open trend buy sebanyak 5 pip dan closed trend pada 1804 daripada price 1.3544 meningkat kepada 1.3547 dan untung sebanyak 0.15 eurusd. Tanpa membuang masa pada jam yang sama kami buy trend namun pada transaksi kali ini tiada apa-apa perubahan dan tiada keuntungan dicatatkan. 14 minit kemudian kami melakukan transaksi buy sekali lagi kali ini kami kurangkan 1 pip menjadi 4 pip dan close trend pada jam 1827,dalam masa 4 minit itu kami memperolehi untung sebanyak 0.12 eurusd. Open trend Buy seterusnya selepas 10 minit pada jam 1837 sebanyak 4 pip dan untung 0.04 selepas close trend jam 1843 pada harga 1.3576. Transaksi terakhir pada jam 1855, open trend Buy dan menjual sebanyak 4 pip, untung 0.16 eurusd selepas close trend pada jam 1921.

Ringkasan Akaun Semasa

Baki akaun lejar sebelum transaksi : 4.92 eurusd

close trade P/L : 1.57 eurusd(setelah ditambahkan kesemua keuntungan yang diperolehi sepanjang transaksi)

Baki semasa : 4.92 + 1.57 = 6.49 eurusd. (baki sebelum ditambahkan dengan keuntugan semasa yang deperolehi.



29 September 2010

Memulakan semula transaksi pada 28 September 2010 pada jam 1922,open trend buy sebanyak 5 pip.Kemudian kami closed trend pada keesokan hari pada jam 0952 pada price 1.3617 dan kami mendapat keuntungan sebanyak 1.10 eurusd. Selepas 1 minit,pada jam 0953 sekali lagi open trend Buy. Sepanjang tarikh ini,kami melakukan setiap transaksi dengan menggunakan 5 pip. Kami telah untung sebanyak 0.10. Pada waktu yang sama closed trend kami terus membuat open trend Buy pada price 1.3636 dan closed pada jam 1914,untung sebanyak 0.20 eurusd.

Pada jam 1056, open trend sell dan closed pada 11.01.Price ketika closed trend adalah 1.3609, untung sebanyak 0.30 eurusd. transaksi selepas itu tiada perubahan dan tiada keuntungan atau kerugian dicatatkan. Jam 1107,open trend sell pada price 1.3598 sebanyak 5 pip dan closed pada jam 1116.Untung 0.45 eurusd. Dan transaksi yang terakhir sekali open trend sell,price 1.3586. Closed trend pada jam 1152,price 1.3586.Untung diperolehi 0.10 eurusd.

Ringkasan Akaun Semasa

Baki akaun lejar sebelum transaksi : 6.49 eurusd

close trade P/L : 2.85 eurusd(setelah ditambahkan kesemua keuntungan yang diperolehi sepanjang transaksi).Pada kali ini mendapat untung lebih banyak berbanding dengan transaksi pada 28 Sepetember 2010.

Baki semasa : 6.49 + 2.85 = 9.34 eurusd. (baki sebelum ditambahkan dengan keuntugan semasa yang diperolehi.



30 September 2010

Open trend Buy pada jam 1600 pada masa itu Price adalah 1.3750 dan Close trend pada keesokan harinya pada jam 1449(1 Oktober 2010).Memperolehi untung sebanyak 2.75 eurusd.Pada tarikh ini hanya satu transaksi sahaja yang dilakukan.

Ringkasan Akaun Semasa

Baki akaun lejar sebelum transaksi : 9.34 eurusd

close trade P/L : 2.75 eurusd(setelah ditambahkan kesemua keuntungan yang diperolehi sepanjang transaksi).

Baki semasa : 9.34 + 2.75 = 12.54 eurusd. (baki sebelum ditambahkan dengan keuntugan semasa yang diperolehi.



SETTING EMA: MINDEFF

Tugasan yang seterusnya ialah setiap kumpulan dikehendaki menetapkan satu lagi bar palang pada MACDColored iaitu “MinDeff”. Bar palang tersebut dapat membantu pengguna mengenai tindak balas yang seterusnya sama ada proses “buy” atau “sell” yang akan berlaku.




Right klik pada bar palang MACDColored, kemudian pilih MACDColored properties.




Seterusnya pilih inputs dan tukarkan dibahagian MinDiff daripada 0 kepada 0.5. kemudian pilih colors dan tukarkan kelebaran bar palang warna kuning kepada 2 dan klik ok.


Hasilnya seperti yang terdapat pada gambar rajah di atas iaitu bar palang berwarna kuning terpapar sebelum dan selepas bar palang berwarna hijau dan merah. Pengguna dapat menganalisis graf palang tersebut contohnya bar palang kuning terpapar selepas bar palang hijau (buy), ini menunjukkan keadaan sell akan berlaku begitu juga sekiranya bar palang kuning terpapar selepas bar palang berwarna merah(sell), keadaan buy akan berlaku selepas itu. Ini dapat membantu pengguna mengenalpasti keadaan pasaran.

0 comments: