BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 25, 2010

LAPORAN LANGKAH - LANGKAH UNTUK MEMBUKA AKAUN MAYBANK 2U



Maybank2U merupakan salah satu jenis transaksi perbankan online atau dikenali sebagai Transaction Authorisation Code (TAC) iaitu kod keselamatan yang diperlukan untuk sesuatu transaksi online.
Tugasan pertama yang telah diberi oleh pensyarah kami En Miswan ialah membuat laporan mengenai langkah-langkah untuk membuka akaun Maybank2U. Sebelum membuka akaun Maybank2U, pemohon perlu mempuyai akaun maybank. Jika pemohon tidak mempunyai akaun maybank,permohon perlu membuka akaun maybank terlebih dahulu. Berikut adalah laporan dari kumpulan kami:

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUKA AKAUN MAYBANK.


  1. Salinan fotostat kad pengenalan
  2. Setelah mempunyai salinan kad pengenalan, urusan permohonan boleh dibuat di kaunter Maybank.
  3. Maklumat peribadi perlu di isi dalam borang permohonan yang akan diberi oleh pegawai yang bertugas. Maklumat yang telah lengkap di isi diserahkan kepada pegawai tersebut untuk direkod ke dalam sistem pangkalan data maybank.
  4. Bagi pemohon yang pertama kali ingin membuka akaun maybank, deposit sebanyak RM 250 diperlukan bagi urusan ini.
  5. Setelah maklumat pemohon di isi di dalam pangkalan data, pegawai tersebut akan menyerahkan kad ATM, pemohon tersebut perlu melakukan transaksi penukaran no pin akaun serta deposit akaun, melalui mesin ATM yang telah disediakan.
  6. Setelah kedua - dua transaksi dilakukan, pemohon telah berjaya mempuyai akaun maybank.
LANGKAH - LANGKAH UNTUK MEMBUKA AKAUN MAY BANK2U
  1. Pemohonan perlu ke mesin ATM MAYBANK yang berhampiran
  2. Masukkan kad ATM dan masukkan nombor pin
  3. Pilih " Permohonan Maybank2U"
  4. Pilih " Pin Laluan Maybank2U." (Pilih nombor pin 6 digit)
  5. Setelah transaksi berjaya, pemohon perlu 'daftar masuk' ke www.maybank2u.com.my
  6. Klik " daftar masuk pertama kali."
  7. Masukkan nombor kad ATM 16 digit diruangan "Access no."
  8. Masukkan nombor pin akaun ATM 6 digit
  9. Seterusnya klik "Activate."
  10. Kemudian masukkan "username" yang diinginkan antara 6 - 16 abj ad
  11. Masukkan pula kata laluan ataupun "password" ( kata laluan mestilah gabungan daripada angka dan abjad )
  12. Akhir sekali, pemohon diminta untuk mengesahkan sekali lagi kata laluan yang dimasukkan.
  13. Pemohon perlu mengingati nama pengguna (username) dan kata laluan (password) bagi memudahkan pengguna mengakses akaun maybank secara online.
  14. Akhir sekali daftar keluar untuk mengelak dari maklumat akaun diakses oleh orang lain.